Dasar Privasi
1. Siapa kami
Closing Academy Dashboard ialah sistem dalaman yang digunakan oleh pasukan jualan Closing Academy dan syarikat-syarikat yang berdaftar di dalamnya. Akses hanya diberikan melalui jemputan.
2. Data yang kami kumpul
- Daripada akaun Google anda: nama, alamat emel dan gambar profil (melalui log masuk Google).
- Yang anda isi sendiri: nickname, nombor telefon, jawatan dan nota profil.
- Kandungan kerja: skrip jualan, media yang dimuat naik, laporan jualan dan sesi simulasi anda.
- Log aktiviti asas: masa log masuk dan tindakan penting di dalam sistem.
3. Tujuan penggunaan data
Data digunakan untuk mengesahkan identiti anda, memberi akses mengikut peranan (Staff, Manager, Admin, Super Admin), memaparkan profil anda kepada pasukan anda, menyimpan hasil kerja anda, dan menghantar notifikasi berkaitan akaun seperti emel jemputan dan selamat datang.
4. Data Google
Kami hanya meminta skop log masuk asas (profil dan emel). Kami tidak membaca, menulis atau menyimpan emel Gmail, fail Google Drive, atau kalendar anda. Data Google anda tidak dijual, tidak disewakan, dan tidak dikongsi dengan pihak ketiga untuk tujuan pengiklanan atau pemasaran.
5. Perkongsian data
Data anda dilihat oleh manager dan admin syarikat anda sahaja, serta Super Admin platform untuk tujuan sokongan teknikal. Kami menggunakan penyedia perkhidmatan untuk hosting dan penghantaran emel, yang memproses data bagi pihak kami sahaja.
6. Penyimpanan & keselamatan
Data disimpan selagi akaun anda aktif. Akses dikawal mengikut peranan dan setiap syarikat hanya boleh melihat data miliknya sendiri.
7. Hak anda
Anda boleh meminta salinan, pembetulan atau pemadaman data peribadi anda pada bila-bila masa dengan menghubungi manager syarikat anda atau sokongan kami.
8. Hubungi kami
Sokongan Closing Academy: 019-343 0087 (WhatsApp / panggilan, Isnin–Jumaat 9 pagi – 6 petang).